BENTONG: Seramai 25 individu termasuk seorang lelaki bergelar Datuk Seri dipercayai penganjur parti liar ditahan di sebuah banglo di Janda Baik, Bentong awal pagi Khamis.
Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, kesemua mereka yang ditahan terdiri daripada 17 warganegara tempatan dan 8 warganegara asing.
"Pada 11 Ogos 2022, jam lebih kurang 1.00 pagi, bertindak atas maklumat orang awam, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong telah membuat serbuan ke atas sebuah rumah banglo yang disewa bertempat di kawasan Janda Baik, Bentong, Pahang.
"Dalam serbuan dan pemeriksaan tersebut, polis telah menjumpai dan merampas dadah dipercayai jenis ketamine seberat 2.18 gram dan pil ecstacy seberat 1.43 gram dengan anggaran jumlah rampasan bernilai RM800," jelasnya dalam satu kenyataan media hari ini.
Kesemua yang ditahan terdiri daripada 15 lelaki dan 10 wanita berusia dalam lingkungan 18 hingga 64 tahun.
Ujian saringan air kencing mendapati kesemua mereka positif dadah jenis methamphetamine.
Kesemua suspek direman selama empat hari sehingga 14 Ogos depan bagi membantu siasatan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda tidak lebih RM100,000 atau kedua-duanya sekali.
Manakala di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, mereka boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda tidak lebih RM5,000.
"Saya memberi amaran keras bahawa tidak akan berkompromi dalam menangani isu dadah di Daerah Bentong dan akan mengambil tindakan tegas," jelasnya.
Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada orang ramai yang telah menyalurkan maklumat sehingga kegiatan itu berjaya dihidu pihak berkuasa.
Astro Awani
Thu Aug 11 2022
Dalam serbuan dan pemeriksaan tersebut, polis telah menjumpai dan merampas dadah dipercayai jenis ketamine seberat 2.18 gram dan pil ecstacy seberat 1.43 gram. - Foto PDRM
Polis Israel guna meriam air leraikan protes antikerajaan
Penunjuk perasaan menggesa Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berundur dan mengadakan pilihan raya baharu.
Rejim Zionis mara ke Jabalia, antara kem pelarian terbesar
Lokasi operasi rejim itu tertumpu di Jabalia, salah satu daripada lapan kem pelarian terbesar di Semenanjung Gaza.
[LAPOR LANGSUNG] Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram tiada kaitan kumpulan pengganas - KPN
Berita terkini insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram yang mengorbankan dua anggota polis dan mencederakan seorang yang lain, pada Sabtu.
Filem terbaharu ‘The Experts’ tampil pelakon hebat, genre berlainan buat peminat
Filem dengan idea original ini menampilkan kisah fiksyen tentang rompakan yang melibatkan sebentuk cincin permata.
Dua tahun di Ulu Tiram, pulang ke sini jasad terbujur kaku’ - Bapa
Dia tidak menitiskan air mata sepanjang berada di Johor Bahru bagi menyelesaikan urusan jenazah anak keempat daripada lapan itu.
Malaysia, Uzbekistan akan tingkatkan kerjasama ekonomi - Tengku Zafrul
Malaysia dan Uzbekistan akan memperbaharui komitmen mereka untuk mengukuhkan hubungan ekonomi sempena hubungan diplomatik selama empat dekad.
Bimbang hilang suami antara faktor wanita tidak jalani saringan kanser
Bimbang kehilangan suami dan menjadi beban kepada keluarga antara faktor menyebabkan ramai wanita di Kelantan tidak menjalani saringan awal kanser yang disediakan LPPKN di negeri ini.
SUKMA-21: Sarawak mahu cipta rekod untuk naik imej sebagai kuasa sukan
Sarawak selaku tuan rumah temasya Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 yang berlangsung bermula 17 Ogos ini, mahu mencipta rekod kejohanan untuk menaikkan imejnya sebagai kuasa sukan di negara ini.
Kelantan warta garis panduan baharu sukan Muay Thai - Exco
Kerajaan Kelantan sudah mewartakan garis panduan baharu berhubung sukan Muay Thai di negeri itu untuk diperkasakan dan dibangunkan semula bagi melahirkan atlet bertaraf dunia.
Pertumbuhan ekonomi rantau APEC dijangka cecah 3.4 peratus pada 2024 - Laporan
Pertumbuhan ekonomi di negara-negara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dijangka mencecah 3.4 peratus pada 2024 dan perlahan kepada 2.9 peratus pada 2025-2026.
Polis cari lelaki bantu siasatan kes tipu pakej kahwin
Suspek Muhammad Lutffi, 28, dikehendaki bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Parti liar: 25 individu termasuk Datuk Seri ditahan di Janda Baik
Seramai 25 individu termasuk seorang lelaki bergelar Datuk Seri dipercayai penganjur parti liar ditahan di sebuah banglo di Janda Baik, Bentong awal pagi Khamis.
Pinjaman RM2.5 juta tak dapat, pesara guru rugi RM472,941
Tujuan wanita itu buat pinjaman RM2.5 juta ialah untuk bantu rakan warga Amerika Syarikat yang mengalami kerugian dalam perniagaan.
Pengasuh ditahan disyaki cederakan bayi 10 bulan
Hasil siasatan awal, suspek telah menarik telinga mangsa dan menyebabkan kecederaan ringan di telinga kiri bayi terbabit pada 8 Februari lalu.
Empat lelaki ditahan rompak warga asing
Kesemua suspek berusia 22 hingga 35 tahun itu diberkas dalam sebuah serbuan di sebuah kawasan perumahan di bandar ini pada Khamis.
Lelaki ditahan larikan pakaian dalam wanita
Polis menjumpai sejumlah besar pakaian dalam wanita dikumpul dan disimpan di beberapa bahagian dalam biliknya.
Untung pelaburan tak dapat, duit simpanan RM36,188 lebur
Penipuan itu bermula awal bulan ini apabila lelaki terbabit berkenalan dengan seorang perempuan melalui laman sosial.
Tiga lori bawa misi bantuan Ebit Lew diarah berpatah balik - Polis
Tiga buah lori yang membawa bantuan misi kemanusiaan daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew antara yang diarahkan berpatah balik di sekatan jalan raya (SJR) Bentong pada awal pagi Selasa.
Susulan arahan tutup sepenuhnya, Polis Bentong tinjau kawasan kasino Genting
Orang ramai dirayu agar terus patuh kepada arahan Majlis Keselamatan Negara bagi memutuskan rantaian pandemik COVID-19.
Wanita ditemui mati tergantung dalam bilik air hotel
Mangsa berusia 32 tahun menginap di hotel berkenaan sejak datang ke negara ini pada awal tahun ini.